Posted on Wednesday, 16th December 2009 by SleeqAdmin

sleeq_pc_20

sleeq_pc_17

More Photos? Click Here

Akhirnya Kumpulan Sleeq lahir dengan album penuh mereka berjudul Classiq. Album yang mengandungi 13 buah lagu (9 lagu Melayu dan 4 lagu English). 12 lagu adalah lagu ciptaan mereka sendiri dan satu lagu yang terkandung didalam adalah dari komposer Indonesia berjudul “Kau Buat Aku”. Sebelum album ini dipasarkan telah banyak lagu-lagu telah mendapat tempat di radio tempatan Singapura, antaranya ialah Pilihan Aku, Cun Saja, Sembunyi dan Moviestar.

Album ini berkonsepkan Pop, R&B dan Hip Hop Muzik, kerana bagi mereka konsep ini lebih dekat dengan mereka dan sedang bagi mereka untuk menghayatinya. Tambahan juga, muzik sebegini mudah diterima oleh pendengar-pendengar di Singapura dan Malaysia. Sleeq dianggotai oleh Alyph (Aliff Abdullah) dan Syarif (Ahmad Syarif), kedua-duanya berusia 18 tahun.

Bagi kumpulan ini, penghasilan album Classiq amat rumit kerana mereka terpaksa membahagikan masa antara pelajaran dan rakaman album ini. Namun begitu mereka amat terharu kerana mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari Ibu dan ayah, keluarga dan rakan-rakan. Pihak media turut menjadi perangsang agar album ini dihasilkan dengan penuh berkualiti. Ucapan terima kasih didedikasikan buat mereka. Dan yang terakhir tentunya ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat peminat-peminat Sleeq, doa dan sokongan dari mereka amat dihargai. Semoga anda terhibur. Kejayaan album ini akan kita kongsi bersama!

Judul lagu lain yang terkandung didalam album ini ialah Classiq, Untuk Dia, Kau Buat Aku, Firework, Mabuk, My Spy, Tanya Nama, Ain’t About Later, Terima Kasih Sayang dan Selamat Malam.

Majlis pelancaran album ini akan diadakan di Singapura pada 2 Ogos 2009 pada jam 3.00 petang di Taman Warisan Melayu.

Metadome Sdn. Bhd. diberi tanggungjawap untuk menjadi pengedar album ini sekali gus mempromosikan album ini buat peminat-peminat di Malaysia. Pihak Metadome berasa amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama bagi mempromosikan album ini di Malaysia. Menurut KC Ismail, Pengurus Kanan Metadome, “Kami ingin mengucapkan selamat datang buat Sleeq ke Metadome, dengan menjadi artis dibawah naungan syarikat ini, kami yakin bakat anak muda ini akan dapat dikongsi bersama-sama peminat di Malaysia bukan sahaja didalam nyanyian malah didalam penciptaan lagu”. Menurutnya lagi, Sleeq adalah kumpulan anak muda yang sangat kreatif, ini dapat dibuktikan dengan lahirnya album ini dimana hampir keseluruhan lagu adalah ciptaan mereka sendiri.

Tags: ,
Posted in Sleeq Albums, Sleeq Events | Comments (0)

Leave a Reply