Posted on Tuesday, 15th December 2009 by SleeqAdmin

sleeq_rtm_hello_on_2

sleeq_rtm_hello_on_2_live

sleeq_rtm_hello_on_2_live-2

Posted in Sleeq Events | Comments (0)

Posted on Thursday, 10th December 2009 by SleeqAdmin

highlight_sleeq_tour

Sleeq bakal mengadakan Sidang Media Sleeq Classiq pada 15 Disember 2009 di Maison, Kuala Lumpur. Jangan ketinggalan untuk mendengar dan menyaksikan Duo Kota Singa yang popular dengan single pertama mereka, “Cun Saja” di Kaca TV dan Radio di Malaysia.

15 Dis 2009 (Selasa)
8.00 am - 9.00 am
Hello On Two TV2
Interviu + Persembahan
3.00 pm
Maison, Kuala Lumpur
Sidang Media
16 Dis 2009 (Rabu)
8.30 am - 9.00 am
Malaysia Hari Ini @ TV3
Interviu + Persembahan
9.00 am - 10.00 am
The Breakfast Show @ NTV7
Interviu + Persembahan
6.00 pm
ERA FM
Interviu
17 Dis 2009 (Khamis)
8.00 am - 9.30 am
Selamat Pagi Malaysia @ RTM
Interviu + Persembahan
9.30 am - 11.00 am
Muzik FM
Interviu

Posted in Sleeq Events | Comments (2)

Posted on Thursday, 3rd December 2009 by SleeqAdmin


Date: 4 December 2009
Time: 8.30 pm LIVE
Location: MediaCorp TV Theatre.  Andrew Road, Caldecott Broadcast Centre

Posted in Sleeq Events | Comments (0)

Posted on Wednesday, 2nd December 2009 by SleeqAdmin

Persembahan Sleeq dalam acara Ulangtahun ke-10  Majalah EH! di Centro, Sooka Sentral, Kuala Lumpur.


Sleeq – Cun Saja


Sleeq – Untuk Dia

Posted in Sleeq Events, Sleeq Videos | Comments (0)

Posted on Wednesday, 2nd December 2009 by SleeqAdmin

sleeq-mangga-01

Penampilan berdua dan membawakan konsep hip hop mengingatkan kita kepada zaman kegemilangan Too Phat suatu masa dulu. Namun pasangan sepupu dari Singapura ini tidak menafikan Too Phat banyak memberi inspirasi kepada mereka untuk berkarya.

Mengagumi idea kreatif Too Phat menerusi lagu Anak Ayam yang dianggap antara hasil seni paling menarik pernah tercipta kerana menggabungkan konsep lama dan urban.

“Memang kami peminat Too Phat tapi tak ada niat pun untuk meniru mereka. Cuma sekarang di Singapura, hip hop dan RnB antara elemen muzik yang sedang hangat dan kami merupakan salah satu pengikutnya.

“Oleh itu apabila mendapat peluang untuk mengenali peminat Malaysia dengan lebih dekat, kami cuba ambil risiko dan terokai peluang walaupun tahu muzik indie sedang menguasai remaja di sini,” ujar Alyp yang seiras Malique Too Phat.

Ditubuhkan sejak 2004, Sleeq dianggotai dua anak muda dari Singapura, Aliff Abdullah (Alyph) dan Ahmad Syarif (Syarif). Minat terhadap muzik berputik sejak berumur 12 tahun lagi apabila mereka akan menghabiskan masa mencipta lagu mereka sendiri.

“Kami memang selalu bersama dan bila lagu siap dicipta, kami akan meminta pendapat teman rapat mengenainya. Dan kami telahpun melancarkan album pertama di Singapura berjudul Classiq dengan lagu hits Cun Saja.

“Alhamdulillah peminat menerima kehadiran kami dalam industri ini. Kami lihat komen di you tube dan myspace juga banyak yang memberansangkan,” ujar Sleeq yang masih single.

sleeq-mangga-02

Kontrak Bersama Metadome

Perjalanan seni mereka tidaklah semudah yang disangka. Walaupun pernah bernaung di bawah KRU Singapore, namun masalah yang timbul menyebabkan mereka terpaksa mengundurkan diri demi merencanakan karier dengan lebih lancar.

Bagaimanapun, nasib mula menyebelahi ketika turut menjayakan Konsert Kris Dayanti di Singapura selepas Pengarah Urusan Metadome, Ferhad Ahmad menonton persembahan tersebut dan berminat untuk mengikat kontrak selama setahun.

“Kami setuju kerana Metadome banyak terlibat dengan ringtone dan lebih-lebih lagi di Singapura, ringtone tidak dibenarkan sama sekali. So kami ambil kesempatan ini untuk melebarkan lagi rangkaian muzik yang kami bawa,” ujar Syarif yang banyak dibimbing oleh Imran Ajmain dalam membuat keputusan bersama Metadome Sdn Bhd.

Cipta Lagu Sendiri

Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, namun kedua-dua anak muda berusia 20 tahun ini amat berbakat dalam penciptaan lagu. Hampir keseluruhan lagu yang terdapat dalam album adalah hasil ciptaan sendiri.

“Bukan tidak mahu mengambil komposer lain, namun kami lebih senang menyanyikan lagu ciptaan sendiri. Kami sanggup ambil risiko dan jika gagal sekalipun kami tahu puncanya dan akan meningkatkan lagi kualiti lagu yang dicipta,” ujar mereka ketika ditemui pada Majlis Malam Penghargaan Media Metadome di Suria Cherating Beach Resort.

Posted in Sleeq News, SleeqMusic | Comments (0)

Posted on Thursday, 26th November 2009 by SleeqAdmin

Posted in Sleeq Events, Sleeq Videos | Comments (1)

Posted on Tuesday, 27th October 2009 by SleeqAdmin

Hi! Welcome to SleeQ’s new blog!

This blog is still under huge updates. Stay tuned!

Posted in SleeqMusic | Comments (2)