Posted on Monday, 8th February 2010 by SleeqAdmin
Tags: Alibi Cosmic Comcert, Backstage, cun saja
Posted in Sleeq Events, Sleeq Videos | Comments (0)
Posted on Monday, 8th February 2010 by SleeqAdmin
Tags: Alibi Cosmic Comcert, Backstage, cun saja
Posted in Sleeq Events, Sleeq Videos | Comments (0)
Posted on Friday, 5th February 2010 by SleeqAdmin
Tags: cun saja
Posted in Sleeq Events, Sleeq Videos | Comments (1)
Posted on Friday, 8th January 2010 by SleeqAdmin
Wanna JOIN this concert? Click here!
Posted in Sleeq Events | Comments (0)
Posted on Sunday, 3rd January 2010 by SleeqAdmin

MESKIPUN zaman muzik hip hop yang pernah mewarnai industri muzik Malaysia sudah berlalu akibat dihanyutkan rentak indie yang mula menakluki pendengar, alasan itu tidak menggugat perjuangan dua bersaudara dari Singapura, Sleeq untuk terus memperkenalkan melodi nukilan mereka kepada peminat tempatan.
Kumpulan dianggotai Alyph (Alif Abdullah) dan Syarif (Ahmad Syarif) ini, kedua-duanya berusia 20 tahun, gigih mengintai ruang bagi menyebarkan pengaruh muzik mereka di sini.
Mereka kini tampil bergaya apabila single, Cun Saja, mendapat tempat di corong radio tempatan, sekali gus menyuntik semangat Sleeq yang ditubuhkan pada 2005 untuk berusaha memancing lebih ramai peminat dan mahu dikenali sebagai kumpulan mempertaruhkan irama pop, hip-hop dan R & B.
Kumpulan yang menjadikan irama Michael Jackson, JayZ, Usher dan Craig David sebagai kompas mereka dalam penciptaan muzik berkesempatan mempromosi album terbaru mereka berjudul Classiq ketika bertandang ke ibu kota baru-baru ini dengan kerjasama syarikat pengedar di Malaysia, Metadome Sdn Bhd.
Syarif yang gembira dengan sambutan pendengar tempatan terhadap lagu Cun Saja tidak melepaskan peluang untuk bercerita mengenai album terbaru mereka.
Tidak hanya itu, dua pemuda kreatif ini yang mencipta semua lagu untuk album mereka kecuali Kau Buat Aku yang diilhamkan oleh komposer Indonesia mengharapkan publisiti dan rangka promosi ini dapat menolak mereka ke pentas luar memandangkan selama ini ramai hanya mengenali lagu mereka berbanding wajah sebenar.
“Classiq mengandungi 13 lagu, iaitu sembilan Melayu dan empat Inggeris. Sebelum album ini dipasarkan, banyak lagu kami diputarkan di radio tempatan Singapura, antaranya Pilihan Aku, Cun Saja, Sembunyi dan Moviestar.
“Namun kami akui pasaran di Singapura tidak seluas Malaysia. Justeru, tawaran dan undangan nyanyian tidak semeriah mana berbanding teman artis dari Singapura yang mencipta nama di sini.
“Senario di Malaysia, lagu kami terlebih dulu dikenali berbanding publisiti diraih. Ramai tertanya-tanya siapa kami dan ini masa sesuai untuk memperkenalkan diri kepada peminat di Malaysia,” katanya yang pernah melancarkan album EP berjudul ‘In The Q’ pada 2007.
Judul lagu lain yang terkandung di dalam album penuh sulung mereka adalah Classiq, Untuk Dia, Fireworks, Mabuk, My Spy, Tanya Nama, Ain’t About Later, Terima Kasih Sayang dan Selamat Malam.
Lain bagi Alyph yang mengakui pelbagai cabaran dan pengalaman yang melingkari diari mereka sepanjang penerbitan album ini.
Dia sempat berkongsi keperitan mereka dalam membahagikan masa antara pelajaran dan perjuangan dalam muzik.
Bagaimanapun, keserasian dan persefahaman antara kedua-dua mereka memudahkan proses pembikinan selain mengatur jadual kerjaya seni.
“Rumit untuk menyiapkan album ini kerana kami masih menuntut ketika itu. Keluarga tidak pernah menghalang, sebaliknya terus memberi galakan. Cuma mereka selalu ingatkan supaya pelajaran tidak diabaikan. Bayangkan, keluarga saya sanggup melabur untuk membeli set studio mini yang dipasang di bilik tidur saya untuk memudahkan kami mencipta lagu selain melakukan proses rakaman.
“Walaupun tidak secanggih mana, itu sudah cukup memudahkan kami. Saya banyak eksperimen muzik sendiri selain mencipta lagu, manakala Syarif berkebolehan memberi sentuhan akhir serta menulis lirik. Oleh itu, pembahagian kerja sangat mudah dan seimbang.
“Malah, kombinasi karya kami sangat bersesuaian memandangkan kami punya minat muzik sama,” kata pelajar jurusan Rekaan Produk dari Politeknik Singapura ini yang pernah diuruskan oleh Imran Ajmain dan KRU Singapura.
Kini Sleeq bersedia melancarkan single kedua mereka, Untuk Dia, bagi terus memancing peminat tempatan.
Selain berhasrat diterima baik, kedua-dua anak muda yang menyimpan niat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam jurusan muzik dan audio ini sedia berdepan tanggungjawab sebagai rakyat negara republik itu, menyertai program khidmat negara selama dua tahun.
Posted in Sleeq News | Comments (2)
Posted on Sunday, 27th December 2009 by SleeqAdmin
![]() |
|
SYARIFF bertindak sebagai vokalis Sleeq.
ALYPH menyuntik elemen rap untuk Sleeq. |
DUA anak muda, satu jiwa dan semangat. Mengharapkan sinar dan sayap untuk terbang tinggi dan menyinar, Sleeq merapati dunia muzik Malaysia bagi menyampaikan kreativiti mereka menerusi muzik.
Grup duo anak muda menyanyikan lagu sambil rap kedengaran sudah biasa benar dalam arena muzik, jadi apa penekanan Alyph dan Syariff.
“Kami mahu menegaskan dari segi stail muzik. Kami boleh menyanyikan lagu dalam bahasa Inggeris tetapi kami bawakan dalam bahasa Melayu.
“Maksudnya di sini, melodinya berunsur Inggeris tetapi liriknya Melayu,” ujar Alyph dan Shariff serentak.
Dalam pada itu, mereka akui gemar mendengar lagu-lagu Chris Brown, Jay-Z dan Usher sebagai rujukan.
Tegas mereka lagi, walaupun mendapat input daripada para rapper tersohor dunia itu namun Sleeq yang memperjuangkan konsep pop, R&B dan hip hop tidak sehingga terbawa-bawa untuk menyamai karya mereka.
“Kami ambil sebagai rujukan dan jadikan satu mood dan rasa yang sesuai.
“Kemudian kami hasilkan lagu kami sendiri dengan akar yang betul untuk lagu R&B mahupun rap,” ujar mereka.
Anak-anak kelahiran Singapura ini mula membina nama di tanah air sendiri pada tahun 2007 menerusi album debut mereka, In The Q.
Diterbitkan sendiri dan dilancarkan secara indipenden, keterbukaan khalayak terhadap kerja keras mereka dibuktikan melalui nominasi Local Act Of The Year di 987 FM.
Kali ini mereka menjadikan Malaysia pula sebagai rumah kedua untuk menebarkan karya mereka. Maka, single debut yang berjudul Cun Saja diberikan untuk khalayak di sini.
“Kami sebenarnya mahu memperkenalkan perkataan cun yang sering digunakan di Malaysia kepada rakyat Singapura.
“Kami sering sangat mendengar atau mendapat respons dengan perkataan cun, maka kami rasakan ia sangat sesuai dijadikan sebuah lagu,” ujar Syariff yang merupakan vokalis kumpulan ini.
Sasaran mereka ialah mahu muzik mereka didengari ramai. Apatah lagi mereka menulis dan menggubah lagu sendiri tanpa banyak pengaruh luar.
“Dulu hari-hari dengar lagu. Ada sahaja lagu baru yang diperkenalkan oleh kawan-kawan. Jadi, tidak sedap hati dan fikir untuk buat lagu sendiri.
“Syukur sebab sudah dapat merakamkan lagu sendiri dan sudah ada konsep. Tetapi idea kami masih terbuka kepada kepelbagaian.
“Kami juga jadi semakin terbuka untuk bereksperimen dengan muzik baru,” ujar Alyph yang pula merupakan tukang rap dalam Sleeq.
Dalam rangka promosi memperkenalkan album Classiq yang memuatkan 13 buah lagu termasuk Untuk Dia, Fireworks, Mabuk, My Spy, Tanya Nama, Ain’t About Later, Terima Kasih Sayang dan Selamat Malam, Sleeq menganggap cabaran awal mereka dalam menjadi anak seni adalah untuk mencari inspirasi dan menyakinkan ibu bapa tentang pilihan mereka terhadap kerjaya muzik.
Namun, berkat kesungguhan yang dipamerkan, keyakinan itu terbina sedikit demi sedikit dengan kemunculan material yang diterima ramai.
Itu merupakan hadiah yang mereka berikan kepada keluarga kerana memahami minat dan antusias mereka yang terbina sejak tahun 2005.
“Dulu kami bergerak secara indipenden dan mengharapkan pertolongan kawan-kawan termasuk dari aspek penjualan.
“Kami bersyukur dapat masuk ke Malaysia dengan dinaungi Metadome Sdn. Bhd. Semuanya berjalan secara profesional di sini,” senyum kedua-dua sepupu ini mengenangkan album Classic, buah tangan pertama di Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini.
Sesuai dengan pelancaran album yang telah selamat dilakukan, kedua sepupu ini terus mempercepatkan gerak langkah
Mereka juga sedang memadatkan jadual dengan sesi temu ramah dan fotografi bersama media negara ini. Sleeq mahu benar-benar dikenali.
Posted in Sleeq News | Comments (0)
Posted on Thursday, 24th December 2009 by SleeqAdmin

KUALA LUMPUR, 23 DISEMBER 2009: Kemunculan kumpulan duo, Sleeq, diyakini dapat menambahkan keceriaan dunia hiburan serantau selain menjejaki kejayaan rakan artis terdahulu daripada republik itu. Sleeq dianggotai oleh pasangan sepupu, Ahmad Syarif dan Alif Abdullah yang kedua-duanya baru berusia 20 tahun.
Sebelum bernaung di bawah naungan syarikat Metadome yang beroperasi di Malaysia, mereka berdua pernah juga merasa perisa pengurusan daripada KRU Studios.
Bagaimanapun, ketika ditemui di majlis pelancaran album Sleeq-Classiq di Maison, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Syarif , berkata mereka hanya terbabit dengan pengurusan KRU Studios ketika di Singapura sahaja dan bukan di Malaysia.
“Kami pernah sekali saja terlibat dengan program terbitan KRU pada tahun lalu. Pun begitu, persetujuan kami bukanlah kepada kerja-kerja rakaman tapi setakat pengurusan selama setahun saja,” jelas Syarif kepada murai.com.my.
Pun begitu, ada pula angin gosip bertiup mengatakan Sleeq tidak puas hati dan berkrisis dengan komposer serta penyanyi terkenal dari negara mereka, Imran Ajmain.
“Sebenarnya memang benar kami pernah berselisih faham. Ia gara-gara pembikinan sebuah lagu. Bagaimanapun, segala-galanya telah selesai dan kami terus berkawan.
“Tapi ingin kami tegaskan bahawa gosip kami pernah ditipu oleh Imran itu adalah fitnah semata-mata. Selepas kami bekerjasama, barulah kami sedar kreativiti Sleeq dan Imran jauh berbeza. Syukurlah, selepas kejadian itu, Sleeq dan Imran semakin saling memahami,” kata Alif atau Alyph.
Katanya lagi: “Kami kenal pihak Metadome selepas konsert Krisdayanti di Singapura tempoh hari. Memang kami nak ikut jejak Imran sebagai artis Singapura yang berjaya di Malaysia. Dia memang inspirasi kami. Selain Imran, Aliff Aziz juga pendorong kami. Imran jugalah orang yang bantu lagu kami dimainkan di radio Singapura.”
Posted in Sleeq News | Comments (0)
Posted on Monday, 21st December 2009 by SleeqAdmin
Posted in Sleeq News, Sleeq Videos | Comments (1)
Posted on Monday, 21st December 2009 by SleeqAdmin
![]() Alyph dan Syarif |
NAMA kumpulan duo Sleeq tiba-tiba sahaja popular sekelip mata di Malaysia gara-gara lagu Cun Saja sedang popular dan sering kali diputarkan di corong-corong radio lewat kebelakangan ini. Tapi siapakah mereka sebenarnya?
Sleeq merupakan duo berkumpulan yang berasal dari Singapura yang dianggotai oleh Alyph dan Syarif yang kini berbangga apabila single Cun Saja begitu diterima ramai di sini.
Cun Saja merupakan lagu yang terkandung dalam album sulung mereka yang berkonsepkan pop, R&B dan hip hop yang mengandungi 13 buah lagu yang termuat dalam album Classiq.
Mereka tidak sekadar mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, malah kedua-dua anak muda yang baru berusia 20 tahun ini juga boleh mencipta lagu dan menulis lirik dengan baik.
Maka tidak hairanlah jika 12 daripada 13 buah lagu yang terkandung dalam album sulung mereka dicipta sendiri bersandarkan jaluran muzik yang mudah ‘melekat’ di hati peminat muzik.
Jika dibentang satu per satu sejarah mereka, mungkin ia tidaklah sebanyak kumpulan-kumpulan ‘otai’ yang lebih berpengalaman. Tapi Sleeq sudahpun wujud sejak tahun 2005 lagi.
Dua sepupu bersaudara ini pernah menghasilkan album EP yang berjudul In The Q pada tahun 2007 dan pernah juga mendapat pengiktirafan di Anugerah Planet Muzik pada tahun 2007 dan 2008.
Sambil menjadikan Michael Jackson, JayZ dan Craig David sebagai idola, Sleeq kini yakin mereka mampu menawan peminat tempatan dengan mempertaruhkan Classiq sebagai sandaran.
Bagi Alyph peluang untuk hadir ke sini sememangnya dinanti-nantikan sejak dahulu lagi memandangkan kelompok peminat di sini lebih ramai jika mahu dibandingkan dengan Singapura.
“Saya sendiri tidak sangka apabila lagu Cun Saja memang mendapat tempat di Malaysia. Ramai yang suka dengan lagu tersebut dan ini sedikit sebanyak menunjukkan yang muzik kami juga boleh diterima di sini.
“Bukan mudah untuk menjadi penyanyi. Penyanyi bukan sekadar boleh menyanyi dengan baik tapi sebenarnya lebih daripada itu. Kami juga tidak mahu bersandarkan suara semata-mata tetapi juga lagu yang kami hasilkan,” kata Alyph lagi.
Diterima baik di Singapura
Bagaikan satu perjalanan yang wajib apabila kebanyakan penyanyi Singapura akan melebarkan sayap di sini. Pelbagai faktor yang menyebabkan mereka berbuat demikian termasuklah khalayak yang terhad.
Tapi Sleeq sangat bertuah apabila mereka masih produk yang mereka hasilkan diterima dengan baik bukan sahaja daripada kalangan orang Melayu tetapi juga bangsa-bangsa asing yang lain.
“Pasaran muzik Melayu di Singapura tidaklah sehebat di Malaysia. Tapi Sleeq bertuah kerana berjaya mengumpulkan peminat dari pelbagai bangsa di Singapura memandangkan kami juga mempunyai lagu Inggeris sebagai taruhan.
“Sebelum menghasilkan lagu, kami lebih suka bereksperimen untuk menghasilkan muzik yang benar-benar berkualiti dan baik. Tak guna hanya mengikut arus jika tidak memberikan sesuatu yang boleh memberikan kesan kepada peminat.
“Dalam proses menghasilkan muzik kami akan memastikan rakan-rakan rapat mendengar dahulu hasilnya. Kemudian barulah semuanya akan diteruskan dengan langkah berikutnya,” jelas Syarif lagi.
Tidak mahu menyembunyikan sesuatu, akui Alyph dan Syarif, ibu bapa dan keluarga adalah orang yang paling gementar dengan keputusan yang mereka ambil untuk menjadi penyanyi.
Tambah Alyph, kadangkala ibunya susah hati melihat sikap mereka yang terlalu obses terhadap muzik memandangkan masih lagi menuntut di Politeknik Temasik, Singapura.
“Alhamdulillah, berkat usaha kami selama ini nama Sleeq pun sudah diterima ramai. Cuma kami perlu berhati-hati kerana masih lagi menjadi seorang pelajar. Kena pandai membahagiakan masa dengan bijak.
“Cabaran yang paling besar bagi Sleeq adalah untuk mencari inspirasi dalam menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti di samping dapat membawa nama Sleeq ke peringkat yang lebih tinggi,” kata Alyph.
Selain Cun Saja album Classiq turut mengandungi lagu lain seperti Classiq, Untuk Dia, Fireworks, Mabuk, My Spy, Tanya Nama, Ain’t About Later, Terima Kasih Sayang dan Selamat Malam yang akan menghangatkan atmosfera muzik tempatan sedikit masa lagi.
Album yang baru sahaja dilancarkan di Kuala Lumpur baru-baru ini akan diedarkan oleh Metadome Sdh. Bhd. yang turut sama bertindak mempromosikan album Sleeq di Malaysia.
Bagi peminat yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kumpulan Sleeq, bolehlah melayari www.sleeqmusic.com atau www.metamobile.com.my.
Posted in Sleeq News | Comments (0)
Posted on Friday, 18th December 2009 by SleeqAdmin
Kebanjiran pendatang baru dalam seni suara tanah air tidak dapat dinafikan lagi, namun dapat dikira bilangan yang benar-benar berbakat untuk menyumbang kepada pembangunan industri muzik Malaysia.
Album yang dilihamkan daripada pengalaman peribadi kedua-dua anggota Sleeq, Syarif, 20, dan Alyph, 19, mengembalikan semula nostalgia pop, R&B dan hip hop terutamanya yang pernah dipopularkan Too Phat suatu ketika dulu. Mencipta lebih 60 buah lagu dan turut menyumbang hasil seni mereka kepada Dina, Imran Ajmain, Revalina dan sebagainya, Sleeq antara bakat muda yang bakal mencetus fenomena dalam industri muzik tanah air. “Memang kami nervous dengan sambutan peminat di Malaysia, namun bila melihatkan ramai artis Singapura dapat penerimaan yang bagus di sini, kami juga harus mencuba. “Kalau boleh kami ingin mengumpul seramai mungkin pendengar di sini yang boleh menerima muzik Sleeq. Jika di Singapura sendiri, kami mempunyai pengikut tersendiri yang sudah selesa dengan style muzik kami,” ujar mereka yang popular dengan lagu Cun Saja.
“Kami memang nak teringin sangat untuk memasarkan album ke luar, namun kami tak banyak kenalan dalam industri dan menyebabkan kami lebih senang bergerak sekitar Singapura. “Peluang yang datang sewaktu berjumpa orang kuat Metadome umpama mimpi. Setelah berbincang dan didorong oleh Imran Ajmain ( juga di bawah label Metadome) kami ambil keputusan untuk melangkah setapak ke hadapan untuk bertemu peminat di Malaysia,” tegas Syarif sewaktu pelancaran album Sleeq berjudul Classiq di Kuala Lumpur. Cun Saja Jadi Trend Di Singapura “Kami banyak luangkan masa dengan orang Malaysia dan banyak perkataan baru yang kami belajar termasuklah perkataan cun. Memang banyak yang kami belajar sehingga datang idea untuk luahkannya dalam bentuk lagu.
Jika dilihat Sleeq banyak bermain dengan Q dalam setiap album dan lagu ciptaan mereka. Ini ulasan Alyph. “Kami gunakan Sleeq kerana makna yang ada padanya, iaitu licik, relax dan smooth. “Dan Q dalam kebanyakan lagu kami kerana Q menggambarkan keunikan (Unique). Kami nak jadikannya sebagai identiti Sleeq. Album terbaru Sleeq Classiq kini telah pun berada di pasaran dengan memuatkan 13 buah lagu di mana hampir keseluruhannya hasil ciptaan mereka sendiri. [ Original Post ] |
Posted in Sleeq Events, Sleeq News, Sleeq Photos | Comments (1)